PENGENALAN
Gejala sosial
dikalangan remaja di negara kita sekarang semakin hari semakin menjadi-jadi.Dimanakah
silapnya sehingga anak-anak remaja ini boleh terlibat dengan gajala yang tidak
sihat ini.Adakah salah guru yang mendidik tidak betul?Adakah salah ibu bapa
yang kurang memberi kasih sayang? Atau diri sendiri yang terlalu mengikut jiwa
muda remaja.
Terdapat
pelbagai faktor yang menyebabkan wujudnya gangsterisme ini dikalangan pelajar
dan disebabkan itu semua pihak harus memainkan peranan dalam membanteras gejala
ini daripada lebih teruk.Gejala ini perlu ditangani kerana ia boleh
mempengaruhi pelajar dalam kegiatan lain seperti buli,penagihan dadah,ponteng
sekolah,ketagihan alkohol ,kekerasan dan rogol.Hal ini menjadi bertambah serius
apabila terdapat juga pelajar perempuan dan murid sekolah rendah yang dikesan
terlibat dalam tingkah laku bermasalah ini menjadi satu fenomena yang dianggap
semakin menular di kalangan remaja.peningkatannya kelihatan seiring dengan
kemajuan dan pembangunan Negara.Ternyata mereka semakin berani mencabar
uundang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan jenayah termasuk menggunakan
senjata merbahaya.
DEFINISI GANGSTERISME
Kamus Dewan edisi
ke 4 Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) 2010 halaman 458, gengsterisme didefinisikan kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau
kegiatan jenayah tertentu. Menurut Trasher (1963) yang
merupakan pelopor awal tentang kajian gangsterisme mengutarakan bahawa pada
awal remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan gang.Golongan ini mudah
terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperolehi
keseronokan dalam kumpulan mereka.
Thrasher (1961) juga
mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti
mengikut tingkahlaku yang sama,perjumpaan secara bersemuka,gerakan secara
berunit,konflik dan mempunyai perancangan.Trasher (1963) menyatakan bahawa
kewujudan gangster adalah hasil daripada perkembangan sesuatu kumpulan rakan
sepermainan juvenile yang bertukar kepada pelakuan deviant.Secara evolusi
kumpulan ini menjadi satu kumpulan gangster yang seringkali melakukan
tindakan-tindakan ganas yang bercorak anti social.Ikatan yang pada mulanya
tidak sehaluan bertukar menjadi lebih erat ditambah semangat setia kawan atau
kukuh serta serta mengamalkan tradisi kumpulan.
FAKTOR-FAKTOR GANGSTERISME
Terdapat pelbagai punca yang
menyebabkan berlakunya gejala social ini di kalangan pelajar sekolah.Punca utama adalah di atas faktor terpengaruh
dengan rakan sebaya.Ini kerana di peringkat remaja ini,remaja lebih banyakl
meluangkan masa dengan rakan-rakan sebaya dan ini pengaruh rakan sebaya memberi
impak yang besar dalam kehidupan mereka.Sikap ingin mencuba dalam diri remaja
ditambah pula dengan ajakan rakan-rakan lain mengguatkan lagi godaan terhadap
gejala-gejala negatif.Sikap ini yang menyebabkan mereka mudah meniru dan
terpengaruh dengan rakan sebaya,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan
menghadapi masalah keluarga.
Faktor diri sendiri ini wujud apabila ada golongan remaja
yang ingin merasakan diri hebat.Ini adalah kerana remaja pada peringkat umur
tersebut berasakan diri mereka sudah dewasa dan ingin melakukan sesuatu yang
diluar kebiasaan.Selain itu,ada juga sebilangan kecil mereka yang inginkan
penghormatan dan kuasa di kalangan mereka.Oleh sebab itu,secara tidak langsung
remaja tersebut mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik
pelajar lain yang lemah.
Dalam mengejar wang dan kebendaan dalam meneruskan
kelangsungan hidup.Memang tidak dinafikan ramai ibu bapa yang tidak berpeluang
menghabiskan masa yang berharga semasa proses pembesaran anak-anak mereka demi
memperoleh kehidupan yang lebih berkualiti. Anak-anak yang terasa diri terabai
atau kurang perhatian dan kasih ini akan mula mencari tempat untuk memperoleh
perhatian daripada masyarakat.Instituisi keluarga yang tidak kukuh dan porak
–peranda seperti ibu-bapa suka bertengkar,sentiasa pulang dalam keadaan
mabuk,kaki perempuan,suka berleter dan mengongkong anak-anak juga boleh
menyumbang kearah gejala ini.Selain itu,jika ibu kurang memberi didikan agama
maka mereka tidak dapat menerapkan nilai-nilai murni dan nilai-nilai agama
dalam jiwa anak-anak.Anak-anak ini akan selalu berasa tidak selesa berada di
rumah dan akan selalu mengalami tekanan perasaan lalu jiwa mereka yang muda itu akan
memberontak,melawan,terlibat dengan aktiviti tidak sihat sebagai salah satu
cara mereka melepaskan segala tekanan yang mereka hadapi.
Faktor persekitaran juga turut menjadi punca,yang harus dibanteras kerana
bila remaja terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat mereka akan membuat
persepsi bahawa perbuatan tersebut boleh dilakukan dan tidak memberi impak
kepada mereka.Ini jelas dikawasan perumah setinggan atau flat-flat kos rendah ,remaja
akan sentiasa menghabiskan masa di luar rumah kerana tempat tinggal mereka
tidak selesa dengan bilangan ahli keluarga yang ramai di rumah yang kecil dan
sempit.
Media massa juga turut
menjadi faktor dalam mempengaruhi remaja sekarang.Sebagai contoh perkembangan
filem sekarang banyak menjurus kepada masalah sosial seperti gangsterisme.Ini akan
menjadi ikutan mereka kerana remaja akan meniru aksi,pertuturan dan tingkahlaku
yang ditayangkan .Ini boleh merosakkan mereka kerana remaja ini akan
terpengaruh dengan seolah-olah apa yang mereka lihat itu merupakan satu realiti dalam kehidupan.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GENGSTERISME
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GENGSTERISME
Langkah-langkah yang berkesan perlu
diambil oleh pelbagai pihak untuk membantu sekurang-kurang mengurangkan gejala
gangsterisme daripada menjadi kudis dalam masyarakat kita.Peranan dan
keprihatinan ibu bapa adalah sangat penting dalam membangunkan sahsiah diri
remaja.Dalam ibu bapa mengejar harta dunia dalam meneruskan kelangsungan hidup
,kepentingan anak-anak juga mesti diambil kira.Mereka ini memerlukan kasih
sayang,perhatian dan didikan yang sempurna dalam menghadapi kehidupan yang
mencabar ini.Ibu bapa perlu mengambil tahu apa saja aktiviti yang anak lakukan
untuk menimbulkan rasa ambil berat ibu bapa dan sentiasa memberi motivasi dalam
aktiviti mereka supaya aktiviti yang dilakukan benar-benar terisi dengan
aktiviti yang sihat,Ibu bapa juga selalu berkomunikasi dan berinteraksi dengan
anak-anak remaja supaya segala persoalan mereka dapat di selesaikan dan dari
situ ibu bapa boleh mengikuti perkembangan remaja mereka dan sifat remaja yang banyak benda baru yang mereka hendak
terokai berada dilandasan yang betul.
Kerajaan
juga memainkan peranan yang penting dalam bersama-sama menangani masalah
gangsterisme ini.Tindakan yang lebih keras perlu diambil dalam membendung
gejala ini daripada terus merebak.Tingkatkan lagi penguatkuasaan dalam
penyiaran drama-drama atau filem-filem berunsur ganas dan jenayah boleh
dilakukan.Undang-undang yang ketat melalui tindakan ini akan menyedarkan semua
pihak bahawa kerajaan benar-benar serius dalam menangani isu ini daripada
berlarutan.Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen –kempen membanteras
gejala samseng dan jenayah serta memberi pengetahuan kepada ibu bapa dalam
mendidik dan memahami tingkah laku anak-anak terutama anak remaja mereka. Ini
supaya masyarakat membuka mata untuk sama-sama memberi sokongan dalam menangani
masalah ini.
Media massa boleh sama-sama
menjalankan peranan dalam menangani masalah gansterisme ini.Ini kerana Media
massa yang begitu berpengaruh ini
sepatutnya memperbanyakkan siaran yang lebih membentuk insan-insan yang berjaya
daripada menayangkan cerita-cerita yang memberi impak negatif.Remaja yang
merupakan tonggak negara masa depan ini harus sentiasa di beri ingatan kerana
mereka ini bakal memimpin negara.Bagaimana mereka ingin memimpin negara jika
diri mereka sendiri pun tidak terurus dan terlibat gejala sosial.Apa akan
terjadi kepada negara kita jika ini yang bakal memimpin negara suatu masa hari
nanti.
KONKLUSI
KONKLUSI
Kesimpulannya, semua pihak harus
berganding bahu dalam menangani masalah ini kerana kita tidak mahu negara kita
ini rosak dengan gejala-gejala sosial ini.Ini semua untuk mewujudkan generasi
yang lebih berguna pada masa hadapan.Pendidikan malaysia yang menekankan modal
insan dalam membentuk individu adalah disokong.Dengan adanya modal insan dalam
diri remaja maka kesejahteraan dan kemakmuran negara dapat dirasa
SENARIO GENGSTERISME DI MALAYSIA
Kegiatan gengsterisme di Malaysia kini sedang hangat diperkatakan. Pelbagai senario kejadian gengsterisme sedang bermain di sekeliling kita dan di antaranya golongan yang mudah terjebak dalam kegiatan ini ialah golongan remaja dan kanak-kanak bawah umur.Perkara ini amat membimbangkan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan pihak sekolah.Antara kejadian senario gengsterisme di Malaysia ialah:
Kegiatan gengsterisme di Malaysia kini sedang hangat diperkatakan. Pelbagai senario kejadian gengsterisme sedang bermain di sekeliling kita dan di antaranya golongan yang mudah terjebak dalam kegiatan ini ialah golongan remaja dan kanak-kanak bawah umur.Perkara ini amat membimbangkan pelbagai pihak terutamanya ibu bapa dan pihak sekolah.Antara kejadian senario gengsterisme di Malaysia ialah:
a) Seorang pelajar tingkatan empat dipukul 18
orang pelajar sebayanya menggunakan objek keras di Sekolah Menengah Raja Dr
Nazrin Shah Di Kampung Gajah,Ipoh Perak. (Sinar,18 Julai 2012) http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kes-pukul-letak-wang-sebagai-perangkap-1.67779
b) Empat pelajar
cedera parah dalam pergaduhan di luar perkarangan sekolah di Kuala Lumpur (Berita Harian 29/08/2012 - 06:25:51 AM )
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatpelajarparahbergaduh/Article/index_html
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatpelajarparahbergaduh/Article/index_html
c)Pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut Pasir Putih,Kelantan telah dibuang sekolah manakala empat lagi rakannya digantung persekolahan gara-gara tebbabit dalam pergaduhan yang menyebabkan kecerderaan pada pelajar tingkatan tiga kerana terkena libasan kerabit.(Berita Harian,09/03/2009)
d)Kita pernah digemparkan
oleh loporan akhbar mengenai sederet Sembilan kereta dipecah dan dibakar di
sebuah taman perumahan. Selain daripada itu juga seorang
pelajar perempuan di utara tanah air dibuang sekolah ekoran daripada
perbuatannya menendang seorang guru.(Berita Harian,04/12/2008)
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/99-isu-negeri/2919-reaksi-terhadap-kes-buli-dan-gangsterisme-di-sekolah.html
http://www.searchinpdf.com/reader.php?loc=http://eprints.utm.my/1483/1/FAKTOR-jurnal1.pdf
http://www.searchinpdf.com/reader.php?loc=http://www.smksgpusu.net/bahan/sekolah%20selamat.pdf
No comments:
Post a Comment