Konklusinya, secara realitinya masalah disiplin dalam kalangan pelajar sekolah menengah semakin
serius dan kita tidak perlu menuding jari kepada mana-mana pihak. Semua pihak
harus bekerjasama dan memberi perhatian yang serius kerana ia melibatkan asset negara
yang tidak ternilai. Jika masalah ini tidak dapat dibendung dari peringkat awal
lagi, maka Negara kita yang akan menanggung hakikatnya. Oleh yang demikian, masalah
disiplin di kalangan pelajar sekolah menengah perlu diberi perhatian yang serius
agar masalah ini dapat dibendung dan diselidik pada peringkat akar umbi kerana melalui
peringkat tersebut ia dapat membantu mengurangkan masalah yang dihadapi oleh
pelajar. Oleh yang demikian, semua pihak harus membantu
dan bekerjasama terutamanya para ibu bapa, guru dan pihak kerajaan dalam
mengembeleng tenaga untuk memastikan masalah disiplin dikalangan pelajar dapat
dibendung supaya ia tidak terus menjadi masalah yang boleh menjejaskan nama
baik sekolah sekaligus nama baik negara.
No comments:
Post a Comment