1.0 PENGENALAN
Sejak
akhir-akhir ini, kegiatan vandalisme dalam kalangan remaja sekarang semakin
serius. Apakah maksud vandalisme? Vandalisme ialah perbuatan merosakkan atau
memusnahkan kemudahan awam atau harta persendirian tanpa sebab yang salah
disisi undang-undang dan dilakukan sewenang-wenangnya.
Vandalisme mengakibatkan pihak
awam dan swasta mengalami kerugian kerana teraksa mengeluarkan kos untuk
membaiki dan menggantikan barang-barang yang telah dirosakkan. Perbuatan
vendalisme ini boleh dilakkan secara bersendirian dan atau berkumpilan.
Berlakunya vendalisme ini adalah disebabkan untuk mendapatkan sesuatu,
contohnya duit dari telefon awam. Selain itu,pelajar atau remaja cuba untuk
memasuki ke sesuatu tempat seperti memecah masuk ke dalam rumah dengan niat
yang tiadak baik seperti mencuri, dan mengambil barang orang lain. Ada diantara
mereka yang melakukan vendalisme ini, ialah menyahut cabaran daripada
rakan-rakan semata-mata untuk diterima sebagai kawan atau ahli kumpulan atau
untuk membalas dendam.
Tahukah anda bahawa kegiatan
vandalisme sering dilaporkan di media massa? Siapakah yang harus ditunding
jari, ibu bapa atau pihak sekolah? Apakah faktor-faktor yang berlakunya
vandalisme? Apakah kesan berlaku? Persoalannya, bagaimana cara-cara untuk mengatasi
masalah ini daripada terus berleluasa?
2.0 FAKTOR-FAKTOR VANDALISME
2.1
Pengaruh Rakan Sebaya
Pengaruh rakan sebaya
boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan
terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap,
nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan
menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan
vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila
berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan
merosakkannya.
2.2
Ibu Bapa dan Keluarga
Ibu bapa ialah pendorong
kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa
membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping
tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak
dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang
mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme
dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang
bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada
ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala
negatif ini.
2.3
Pengaruh Media Massa
Media massa mempunyai
pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini.
Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang
mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja
melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal
yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan
dan tunjuk ajar sewajarnya.
2.4 Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik
dan Materialistik Masyarakat
Remaja adalah produk
sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan
produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal
kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan
masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di
bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya
tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di
kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang
berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka
bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab
terhadap harta benda awam.
3.0 KESAN VANDALISME
Terdapat banyak kesan yang dapat dilihat oleh
fizikal dan juga emosi. Kesan vandalisme bukan dirasai oleh individu sahaja
malah masyarakat sekeliling dan negara juga memberi impak yang teruk akibat
perbuatan yang tidak bermoral dan menyusahkan semua pihak. Vandalisme boleh
memberi kesan kepada individu, masyarakat, dan negara.
Kebanyakan individu yang melakukan vandalisme hanya
untuk melepaskan geram dan sesetengahnya untuk memenuhi kepuasan hati. Hal
demikian memberikan kesan kepada individu untuk melakukan perbuatan yang sama
itu lagi jika masalah ini masih berterusan . Hal ini secara tidak lansung akan
menyebabkan perkara yang lebih teruk akan berlaku seperti merompak atau
membunuh.
Vandalisme sering dipandang remeh oleh masyarakat
setempat. Mereka hanya berdiam diri sedangkan vandalisme berlaku di depan mata
mereka. Akhirnya masyarakat juga yang merana akibat aktiviti yang terkutuk itu.
Masyarakat susah untuk membuat perhubungan semasa dalam keadaan kecemasan.
Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar. Selain itu,
masyarakat tidak selesa ketika menggunakan harta benda awam yang lain.
Contohnya basah ketika menunggu bas kerana atap di perhentian bas rosak sebab
tidak dapat menghalang hujan yang turun. Contengan pada dinding tandas awam
memburukkan dan mendorong kepada generasi muda untuk meniru gejala tidak sihat
ini.
Banyak fenomena vandalisme yang boleh menjejaskan
mata memandang dan ini sudah tentu menjejaskan imej negara .Jumlah kerugian akibat
perbuatan vandalisme ini amatlah besar. Peruntukan kewangan yang digunakan
untuk mengganti baru dan membaik pulih kemudahan-kemudahan yang dirosakkan itu
lebih baik sekiranya digunakan untuk melaksanakan projek lain yang lebih
berfaedah. Hal ini sudah tentu dapat memberi manfaat kepada rakyat
keseluruhannya.
Kepada mereka, mungkin melukis graviti pada dinding
sejuk dipandang mata, tetapi tahukah mereka bahawa perkara sebegini hanya
mengotorkan dinding. Perbuatan seperti ini hanya merugikan wang kerajaan kerana
mereka terpaksa berbelanja ribuan wang untuk memperbaikinya. Sebaliknya, kita
hanya menggoyang kaki, menggunakan kemudahan awam yang disediakan dengan mudah.
Inilah perbuatan manusia
yang mengamalkan sikap alpa. Mereka langsung tidak mempedulikan akan perasaan
orang lain. Masyarakat hanya mementingkan diri sendiri. Apabila diperlukan,
mereka menggunakan kemudahan awam, apabila tidak diperlukan, mereka
merosakkannya. Sikap seperti ini hanya seperti pepatah Melayu, 'selepas isi
dimakan, kepah dibuang'. Perbuatan seperti ini boleh menjejaskan imej pemimpin
negara. Hal ini secara tidak langsung mempengaruhi imej negara.
Peranan agensi yang
bertanggungjawab dalam menangani gejala vandalisme. Badan kerajaan juga turut
memainkan peranan dalam menangani gejala vandalism. Di ibu negara, Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meningkatkan
kesedaran rakyat tentang pentingnya sikap memelihara harta benda awam ini
dengan membentuk Jawatankuasa Anti vandalisme yang turut dianggotai oleh
jabatan lain dan agensi kerajaan. Menyedari hakikat bahawa remaja merupakan
aset yang penting dan pemimpin generasi wawasan yang akan menerajui negara pada
masa hadapan, maka Jawatankuasa Anti Vandalisme ini telah mengambil langkah
pertama dengan melibatkan sekolah dan para remaja untuk turut sama menjayakan
kempen ini. Jabatan Pendidikan sendiri telah menganjurkan “Harta Benda Awam
Milikku-Milikmu”. Pertandingan seperti ini penting untuk menanamkan sifat
bertanggungjawab dan menyemaikan perasaan sayang terhadap harta benda awam. .
Polis Diraja Malaysia,
Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Majlis-majlis perbandaran serta Bandaraya juga
turut memberi peranan penting bagi menangani malah vandalisme yang semakin
berleluasa pada akhir-akhir ini. Pertubuhan Persatuan Pencegah Jenayah telah
ditubuhkan di setiap sekolah bagi mengurangkan kadar masalah sosial dalam
kalangan remaja.
Selain itu, badan bukan kerajaan juga perlu
memainkan peranan dalam menangani gejala vandalism. Penubuhan Rukun Tetangga
merupakan salah satu badan bukan kerajaan yang bertanggungjawab mengelakkan
gejala vandalisme berlaku terutamanya berdekatan dengan kawasan perumahan
mereka. Jawatankuasa Perumahan yang berkenaan perlu bergabung tenaga untuk
membuat kawal selia di kawasan masing-masing. Setiap persatuan yang bukan badan
kerajaan dan juga Rukun Tetangga telah diberi satu kawasan untuk dijaga dan di
selenggara. Maka berharap agar jenayah ini berkurangan dari semasa ke semasa.
4.0 CARA-CARA MENGATASI MASALAH VANDALISME
Terdapat beberapa
langkah yang boleh diambil untuk membendung masalah vandalisme. Salah satu
caranya ialah peranan ibu bapa harus menyalurkan lebih kasih sayang kepada
anak-anak. Anak yang baru dilahirkan ibarat sehelai kertas putih, ibu bapalah
yang berperanan membentuk sahsiah diri mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh
memberi lebih tumpuan dan memberi nasihat atau dorongan yang membina apabila
anak-anak mereka menghadapi masalah tertentu. Didikan yang sempurna
haruslah ditanam dalam jiwa anak-anak supaya mereka menghargai harta benda awam
yang terdapat di sekeliling mereka. Selain itu, ibu bapa juga harus memantau
aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak serta mengetahui latar belakang
rakan-rakan bagi anak-anak mereka. Sekiranya anak-anak mereka terlibat dengan
gejala salah laku ini, tindakan sewajarnya perlu diambil oleh ibu bapa, Bak
kata pepatah, “Sayang anak,tangan-tangankan”.
Seterusnya,
guru sekolah juga bertanggungjawab menyemaikan didikan moral dan agama dalam
sanubari pelajar. Begitu juga dengan ibu bapa, perkara ini harus dilakukan
sejak mereka kecil lagi,bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Misalnya, guru Pendidikan Moral boleh selalu menggalakkan pelajar-pelajar
bertingkah mulia dengan menjalankan sistem merit. Cara ini pasti sedikit banyak
dapat membentuk pelajar yang berakhlak mulia.
Di
samping itu, pihak sekolah harus menggalakkan para remaja menyertai kegiatan
kokurikulum demi mengisi masa lapang. Ingat, masa itu emas. Kita tidak harus
membazir masa dengan melakukan perkara yang tidak berfaedah. Sebagai contoh, persatuan
atau kelab sekolah perlu selalu mengadakan aktiviti yang menarik dan memenuhi
kehendak pelajar. Dengan ini, pelajar-pelajar lebih sanggup menyertai
kokurikulum dengan aktif.
Cara lain
ialah pihak sekolah harus mewajibkan pelajar yang bermasalah untuk berjumpa
dengan guru kauseling. Guru kaunseling akan memberi nasihat dan cadangan yang
setimpal dengan keperluan dan kehendak mareka. Guru kaunseling boleh menjadikan
teman sejati atau pembimbing kepada pelajar. Guru kaunseling boleh diibaratkan
sebagai penyuluh pelajar untuk memimpin mereka melangkah keluar dari kegelapan.
Selain
daripada peranan sekolah, langkah lain yang boleh diambil adalah melalui
kerjasama masyarakat juga perlu bagi menangani gejala vandalisme ini. Masyarakat
tidak harus berpeluk tubuh apabila gejala vandalisme berlaku secara berleluasa
di kawasan perumahan mereka. Perbuatan seperti menconteng dinding bangunan dan
merosakkan telefon awam perlu diambil perhatian. Masyarakat di sesebuah kawasan
perlu mengadakan mesyuarat dengan penduduk di kawasan tersebut. Semua anggota
masyarakat perlu bekerjasama bagi membendung masalah yang semakin berlarutan
sehingga hari ini. Pihak masyarakat kawasan tertentu juga perlu bersepakat bagi
menangani vandalisme seperti mengenakan denda kepada pelaku yang melakukan
perkara tersebut. Denda yang sewajarnya perlu dilaksanakan bagi memberi
pengajaran serta pedoman kepada pesalah tersebut agar tidak terus melakukan
perkara yang salah ini.
Di
samping itu, kerjasama oleh pihak kerajaan juga amat penting bagi membanteras
kegiatan vandalisme ini. Penguatkasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu
dijalankan secara berkesan oleh pihak berkenaan. Di bawah (Akta Kerajaan
Tempatan 9 undang-undang kecil vandalisme), sesiapa yang didapati merosakkan
harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM2,000 atau penjara tidak
melebihi setahun jika sabit kesalahan. Pelaksanaan undang-undang baru
menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat
masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme.
Tindakan yang lebih tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan
kepada masyarakat lain.
Peranan
media massa juga amat penting bagi membendung masalah vandalisme pada masa
kini.Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media
massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa
memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dalam memberi kesedaran, memperoleh
kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam pelbagai bentuk
rancangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa. Media massa juga
berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat
memahami dan menghayati kempen “Harta Awam Milik Bersama”, kerana dengan adanya
iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat merealisasikan
keberkesanannya.
5.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, para remaja harus berupaya untuk membezakan perkara yang baik daripada perkara yang buruk. Dalam hal ini, pihak sekolah, pihak guru dan ibu bapa haruslah berganding bahu untuk membasmi masalah vandalisme yang kian berleluasa dalam kalangan remaja. Semua pihak perlu berganding bahu dan mengerah keringat untuk bersama-sama memerangi gejala vandalisme ini. Walaupun isu ini dilihat sebagai perkara biasa, namun ingatlah bahawa ia dapat memberi impak yang besar kepada negara pada masa akan datang. Sekiranya semua kemudahan awam telah dimusnahkan dan tidak dapat digunakan,maka kesulitan akan berlaku terhadap masyarakat di negara ini juga. Imej negara juga akan dipandang rendah akibat daripada perbuatan salah laku ini. Semua pihak khususnya masyarakat di negara ini perlu bekerjasama dan bertindak segera dalam menangani gejala ini dan jangan sampai kita menyesal dikemudian hari, bak kata pepatah “Jangan sudah terhantuk barulah nak terngadah”.
Pautan untuk isu vandalisme:
https://sukaweb.penang.gov.my/pkn/Akhbar.nsf/ff4f9fa0a2840a8b482575e6002c4ea0/05cab595163c7144482576fe000
http://www.utusan-malaysia-online.com/telefon-awam-rosak
http://aplikasi.kpkt.gov.my/akhbar.nsf/0/135c2f0b3a4a1d8248256abe000e0083?OpenDocument
No comments:
Post a Comment