PENGENALAN
Sejak kebelakangan
ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah di Malaysia sama ada
di peringkat sekolah rendah ataupun sekolah menengah semakin meruncing dan perlu diatasi dalam kadar yang segera.
Masalah disiplin berlaku tidak kira sekolah di kawasan bandar ataupun luar Bandar, sekolah
harian biasa ataupun sekolah berasrama penuh. Fenomena ini semakin merunsingkan
banyak pihak terutamanya para guru dan
ibu bapa. Kes ponteng sekolah terutamnya
mencatat bilangan yang tertinggi berbanding kes-kes disiplin yang lain. Sebagai
buktinya, tiga peratus daripada 5 juta pelajar dari 10,000 sekolah rendah dan
menengah di seluruh negara terbabit dengan kegiatan salah laku sepanjang sesi
perseolahan 2010. Malah, mengikut rekod kementerian 111,484 pelajar atau 72,557
pelajar sekolah menengah dan 38,927 murid sekolah rendah dikesan terbabit
dengan pelbagai salah laku disiplin pada 2010. Namun begitu, gejalah ponteng
sekolah mencatatkan jumlah kes tertinggi berbanding kes disiplin yang lain
iaitu sebanyak 19, 545 kes (Berita Harian, 7 Disember 2010). Statistik ini jelas
menunjukkan gelaja ponteng sekolah semakin meruncing dalam kalangan pelajar
pada masa kini.
Berikut merupakan artikel yang berkaitan dengan ponteng sekolah:
ARTIKEL 1
ARTIKEL 2
ARTIKEL 3
ARTIKEL 4
ARTIKEL 5
ARTIKEL 6
ARTIKEL 7
ARTIKEL 8
Isu ponteng sekolah bukanlah sesuatu yang baharu
dalam arena pendidikan. Ia telah lama wujud malah semakin serius kerana tiada
jalan penyelesaian yang efektif walaupun pelbagai langkah penyelesian telah
dilaksanakan sama ada bersifat undang-undang mahupun bukan undang-undang.
Malah, isu ponteng sekolah ini mendapat liputan hangat daripada pihak media
massa. Bukan itu sahaja, ponteng sekolah sering dikaitkan dengan masalah
disiplin lain termmasuklah, isu merokok,
melepak di cafe siber dan pusat membeli –belah, kurang ajar dan
sebagainya. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,Dato Datuk
Mahadzir Mohd Khir dalam UtusanMalaysia (15 Oktober 2004), isu ponteng kini
berada pada tahap kritikal dan dianggap sebaga langkah pertama remaja memasuki
dunia yang penuh dengan masalah. Pelajar sekolah menengahterutamanya
diperingkat usia 14 dan 15 tahun, dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti
yangterbabit dengan gejala ponteng (Berita Harian, 2 April 2001). Walaupun masalah disiplin di Malaysia masih
terkawal, namun gejala sosial harus dipandang serius kerana ianya ibarat suatu
virus yang menjadi titik tolak permulaan kepada salah laku disiplin yang lebih
besar seperti vandalisme, gengsterisme, penyalahgunaan
dadah, mat rempit, ragut serta pelbagai aktiviti idak bermoral yang jelasnya
akan meruntuhkan akhlak pelajar .
Menurut
Rasidah Bt. Omar (2005) dalam Azizi et. al. (2005) ponteng sekolah boleh
ditakrifkan sebagai ketidakhadiran pelajar ke sekolah tanpa sebarang alasan yang munasabah. Gejala ponteng
sekolah selalunya dikaitkan dengan masalah disiplin. Kamus Dewan (2000),
disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya ahli
masyarakat atau individu boleh mengawal diri, peraturan-peraturan yang telah
ditetapkan untuk melatih sesorang berkelakuan baik.
Ananlisis Teori: Isu ponteng sekolah ini boleh dikategorikan
berdasarkan perspektif Teori Fungsianalisme.
Teori fungsiomnnalisme dipelopori oleh Auguste Comte,
Herbert Spencer dan Emile Durkheim (Mohd Salleh lebar, 1998). Mengikut teori
ini, masyarakat berkembang dengan stabil berdasarkan peraturan sosial dan
perubahan masa, Perubahan ini berlaku secara beransur-ansur. Ini menunjukkan
bahawa teori ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan-kegiatan
yang menyumbang kepada perkembangan masyarakat. Masyarakat selalunya dianggap
seperti tubuh badan manusia yang mempunyai bahagian-bahagian dengan fungsi
tersendiri. Di dalam sesuatu masyarakat juga mempunyai sesuatu kefahaman kepada
proses intergarsi sosial adalah hasil daripada persetujuan ahli.
Selain itu,
Teori fungsionalisme turut menyatakan bahawa struktur-struktur sosial
akan menentukan kelancaran perjalanan atau keharmonian masyarakat. Brinkerhoff
dan White (1989: 9) telah merumuskan tiga andaian utama ahli-ahli
fungsionalisme iaitu stabiliti, harmoni
dan evolusi. Stabiliti merupakan kriteria penilaian utama untuk menentukan
sejauhmana masyarakat dapat dikekalkan. Harmoni menunjukkan bagaimana semua
bahagian atau struktur-struktur dalam masyarakat bekerjasama untuk mencapai
tujuannya. Manakala, evolusi menggambarkan perubahan-perubahan yang berlaku
kepada masyarakat melalui proses adaptasi struktur sosial kepada pembaharuan.
Justeru, perkaitannya
dapat dilihat dimana ibu bapa merupakan faktor penting dalam keutuhan sesebuah
keluarga. Kegagalan ibu-bapa dalam menguruskan keharmonian hidup keluarga akan
memberikan kesan yang besar kepada terhadap anak-anak. Dalam sesebuah keluarga
yang mempunyai ibu-bapa yang bersikap realistik dan memetingkan kebendaan,
anak-anak biasanya dipinggirkan dan
kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah ponteng sekolah ini
adalah selari dengan teori fungsionalisme yang mana ibu bapa tidak menjalankan
tugas mereka dengan sempurna. Ibu bapa yang gagal menunaikan peranan mereka dalam
entiti masyarakat menyebabkan wujudnya gangguan dan ketidakseimbangan
masyarakat.
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA PONTENG SEKOLAH.
Faktor-faktor
yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah akan dibincangkan dari empat
aspek iaitu faktor ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, persekitaran, pelajar, dan
sekolah.
i)
Ibu Bapa
Terdapat
pelbagai faktor yang menyebabkan gejala
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Salah satu punca utama wujudnya gejala ponteng
sekolah adalah disebabkan faktor keruntuhan institusi kekeluargaan. Mojoriti
pelajar yang terlibat dengan masalah ponteng sekolah ini datang dari keluarga
yang bermasalah atau tidak bahagia. Pertelingkahan yang timbul antara ibu bapa
menyebabkan kebajikan anak-anak
diabaikan. Kesannya kepada anak-anak ialah segala perilaku anak-anak di luar
rumah dan di sekolah diabaikan.
Keadaan
ini menyebabkan anak-anak ketandusan kasih dan berasa tidak diberi perhatian
oleh ibu-bapa mereka sehingga menyebabkan mereka memberontak dengan melakukan sesuatu perkara yang boleh menarik semula perhatian
ibu bapa mereka. kegagalan pelajar mengawal emosi menyebabkan konflik diri
berlaku sehingga pelajar sanggup melanggar peraturan sekolah seperti ponteng
sekolah, buli, merokok, vandalisme serta melakukan aktiviti-aktiviti yang tidak bermoral seperti berjudi, mat
rempit, seks bebas demi menarik
perhatian ibu bapa mereka. Ini
menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempunyai pengaruh yang besar kepada
masalah disiplin dalam kalangan pelajar.
Selain itu,
faktor kesibukkan ibu bapa bekerja mencari rezeki tidak kira siang dan malam
sehinnga menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab utama mereka terhadap
anak-anak. Malah, mereka langsung tidak mempunyai masa untuk bertemu dengan
anak mereka apatah lagi berkongsi masalah, berbual, menambil tahu perkembangan
anak-anak di sekolah. Kekangan masa bersama anak-anak ini menyebabkan anak-anak berasa terabai dan tidak disayangi sehingga
memberikan kesan emosi seperti sedih, marah, benci, geram. Apabila masalah ini
membebani mereka, kosentrasi mereka terhadap pelajaran semakin merosot dan tidak berminat lagi untuk belajar. Malah,
mereka akan berjinak-jinak mencari keseronokkan di luar bagi mengubati
kesunyian yang mereka alami. Oleh itu,
pelajar berapggapan denagn mponteng sekolah dan melepak dapat melupakan masalah
yang mereka hadapi.
Sehubungan dengan itu, masalah kewangan juga antara faktor menyebabkan gejala
ponteng sekolah semakin berleluasa. Sebagai contohnya, kegagalan dan
ketidakmampuan ibu bapa untuk memenuhi perbelanjaan sekolah seperti tidak dapat melunaskan pembayaran yuran
sekolah dan tidak mampu membeli peralatan dan buku-buku pelajaran yang
digunakan. Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Yunus (1977)
menyatakan salah satu sebab berlakunya ponteng sekolah ialah ibu bapa tidak
mampu membeli perkakasan sekolah seperti buku, alat tulis dan pakaian sekolah. Pada
masa yang sama ,pelajar menerima tekanan daripada guru apabila sering bertanya
tentang pembayaran yuran. Hal ini menyebabkan mereka berasa malu dan tertekan
untuk berhadapan dengan guru dan kawan-kawan lain. Justeru, untuk melarikan
diri dari tekanan masalah ini pelajar mengambil jalan mudah dengan ponteng
sekolah.
Faktor didikan daripada ibu bapa dan ajaran agama yang kurang turut menimbulkan
masalah ponteng sekolah yang kian menjadi-jadi itu. Ketika berada di rumah,
anak-anak tidak dididik oleh ibu bapa mereka dengan sempurna dan sikap
tanggungjawab tidak diterap ke dalam jiwa mereka. Ini secara tidak tidak
langsung mempengaruhi pembentukan peribadi mereka dan amalan ponteng sekolah
merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab dipraktikkan oleh mereka.
Masalah didikan ibu bapa yang tidak efektif kadang-kala boleh menyebabkan
mereka tidak berupaya melakukan penaakulan yang rasional mengenai kesalahan
yang mereka lakukan serta baik buruknya sesuatu perkara yang dilakukan oleh
mereka. Ini membuktikan didikan daripada iu bapa yang kurang sempurna secara
tidak langsung mem pengharuhi timbulnya gejala ponteng sekolah tersebut.
Tidak dinafikan untuk membina keluarga harmoni dan kukuh bukanlah
sesuatu yang mudah. Ibu bapa perlulah mempunyai pengetahuan keibubapaan.Tetapi,
apa yang menyedihkan ibu bapa masa kini mempunyai pengetahuan keibubapaan yang
cetek dan ia mengakibatakan keruntuhan rumahtangga. Malah, terdapat juga ibu
bapa yang lepas tangan meletakkan tanggungjawab mengasuh anak-anak kepada
pengasuh semata-mata. Keruntuhan rumah tangga ini akan mengurangkan rasa hormat
anak kepada ibu bapa menyebabkan mereka mudah terjerumus terlibat dengan salah
laku disiplin di sekolah.
ii) Pengaruh rakan sebaya
Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang mendorong
pelajar ponteng sekolah. Menurut Mohd Amin (1998), pelajar yang ponteng adalah
mereka yang mempunyai pendirian yang lemah. Lemahnya pendirian seseorang akan
menyebabkan seseorang itu mudah dipengaruhi oleh orang lain. Pada remaja,
pelajar dalam proses ingin mencari identiti diri maka mereka senang mencuba
sesuatu yang baru tanpa berfikir panjang. Dalam hal ini, pelajar mudah menerima
ajakan rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengeruhi minda mereka
yang tidak berfikir secara rasional.
Biasanya, mereka akan menurut segala pelawaan dan ajakan rakan-rakan
tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku
kerana rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akn memberikan
pelbagai alas an yang dianggap
munasabah bagi mereka. Sebagi contohnya, Pelajaran di sekolah dikatakan agak
membosankan dan aktiviti ponteng sekolah boleh menenag serta menyeronokkan
menjadi alasan ponteng sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan sebaya mempengaruhi
seseorang pelajar untuk ponteng sekolah. Dalam hal ini, pelajar perlu bijak
memilih kawan yang baik dan ibu bapa perlu mengambil tahu dengan siapa anak
mereka berkawan untuk mengelakkan anak merekaberkawan dengan pelajar yang
bermasalah.
iii) Persekitaran
Faktor
persekitaran turut mempengaruhi pelajar melakukan perkara yang negetif
terutamanya ponteng sekolah. Kemudahan-kemudahan untuk berhibur yang terlalu
banyak seperti pusat permaina video, pusat permainan snooker, kafe-kafe siber
dan pusat membeli-belah yang dibina berhampiran di kawasan sekolah khususnya.
Pembangaun pusat-pusat hiburan ini sebenarnya menyebabkan pelajar lebih mudah
lari dari sekolah dan merayau-rayau di
pusat membeli-belah.
Di samping itu, program-program yang berbentuk hiburan
dan konsert tempatan mahupun diimport dari barat amat melekan pelajar. Maka,
terdapat banyak rencangan-rancangan reality tv pada masa kini yang berkonsepkan
hiburan dan menyimpag jauh dari sudut ilmiah. Secara tidak langsung, pelajar
telah didorong untuk mengamalkan cara hidup berhibur semata-mata dan seterusnya
melkunturkan semangat untuk menuntut ilmu di sekolah. Mereka turut disogokkan
bahawa kemewahan dan polulariti dapat dicapai denagn mudah seandaimya mengikuti arus industry hiburan. Ini
menyebabkan mereka tidak berminat untuk belajar dan berpendapat mereka boleh
maju tanpa perlu hadir ke sekolah untuk menimba ilmu.
Realitinya, hiburan yang melampau ini boleh membawa
kepada salah laku yang lebih serius seperti amalan seks bebas dan
penyalahgunaan dadah. Natijahnya, diri,
bangsa dan negara tidak akan maju sekiranya
konsep berhibur digunakkan sebagai alasan untuk melepaskan lelah dan
tekanan. Personaliti-personaliti dunia hiburan yang ditonjolkan sebagai idola
harus mempunyai akhlak yang baik untuk dicontohi. Penerbitan –penerbitan buku
bertemakan cinta remaja, majalah hiburan seperti Mannga , URTV hanya menarik
minat golongan muda kepada keseronokan hidup berpasangan. Penyiaran secara
berleluasa bahan bacaan picisian ini sebenarnya mengkhayalkan dan mempengaruhi
pemikiran pelajar. Secara tidaka langsung langsung akan meruntuhkan
akhlak pelajar serta usaha melahirkan remaja yang berakhlak berasaskan kehendak
agama dan ketinggian nilai moral.
iv) Pelajar
Dalam lingkungan usia pelajar sekolah
menengah khusunya masih mengalami proses perkembangan dan pertumbuhan yang
pesat iaitu zaman peralihan alam
kanak-kanak menuju ke alam remaja. Pada ketika ini, ibu bapa seharusnya
tidak mengambil sikap lepas tangan denagn membiarkan anak-anak mereka merentasi
zaman remaja berlaku begitu sahaja tanpa mengetahui pergolakan yang dihadapi
oleh anak mereka.
Tempoh peralihan inilah merupakan suatu masa yang penting
untuk menentukan konsep diri mereka. Hal ini kerana, apabila anak-anak
melangkah ke alam dewasa, mereka sudah pandai berfikir, menilai perasaan,
mengkaji skrip hidup ibu bapa mencuba sesuatu yang baru dan berkhayal. Selain itu, perubahan sosial dan emosi
mendorong pelajar memperbesarkan rakan sosialnya. Mereka memperluaskan rakan
sosial denagn cara menyertai kumpulan tertentu atau membentuk kumpulan baru
berdasarkan umur sebaya, hobi yang sama, prinsip hidup yang sama atau taraf
sosial yang sama. Pada ketika inilah pelajar berhadapan dengan situasi genting
dalam memilih rakan –rakan seandainya tersalah pilih, maka mereka akan
cenderung kea rah salah laku negetif termasuklah ponteng sekolah. Ketiadaan bimbingan menyebabkan
mereka merasa berada di jalan yang benar dan tiada siapa boleh menghalang
perbuatan mereka kerana pada pendapat
mereka, pa saja yang dilakukan adalah betul.
v) Sekolah
Sistem pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik antara alasan
yangkerap diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah. Proses pengajaran dan
pembelajaran yang kurang menarik dan membosankan menyebabkan mereka lebih suka
ponteng sekolah daripada hadir ke sekolah. Keadaan ini berlaku apabila
sesetengah guru kurang proaktif dalam menarik minat pelajar. Pemilihan
strategi, kaedah dan teknik pemgajaran yang kurang menarik disamping tiada
variasi aktiviti atau gerak kerja yang menarik. Malah, penggunaan kaedah
pengajaran tradisional iaitu chalk and talk juga membosankan pelajar. Pelajar
masa kini, memerlukan kaedah pengajaran secara induktif dan gaya pembelajaran
konstruktivisme dan mempergiatkan aktiviti berkumpulan yang berpusatkan murid
Selain itu, penggunaan Bahan bantu mengajar
secara interaktif perlu diaplikasinya untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif . Selain itu, guru perlulah bersikap adil terhadap
pelajarnya dan menunjukkan personaliti yang baik sebagi role model kepada
pelajar.
Sekolah merupakan tempat berlakunya
aktiviti pengajaran dan pendidikan kedua selepas ibu bapa. Ini bermakna guru juaga amat
penting dan bertanggungjawab dalam membentuk sahsiah pelajar. Mengikut
Hussein (1993) pembelajaranyang berkesan datangnya dari suasana sekolah yang
tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian yang
baik dalam kalangan pelajar. Kewujudan suasana sekolah yang positif dari segi
kemudahan sekolah, pengajaran guru, kedudukansekolah dari aspek pengangkutan
pelajar dan perlaksanaan disiplin yang efektif menjamin pembelajaran yang
berkesan dan mengurangkan kes-kes salah laku pelajar.
Setiap sekolah di Malaysia akan diperuntukan dengan jumlah kewangan yang besar
bagi memastikan suasana sekolah berada dalam keadaan selamat, ceria dan kondusif.
Tetapi malangnya terdapat sebilangan sekolah gagal menggunakan peruntukan ini
bagi memastikan sekolah berada dalam keadaan yang selamat, ceria dan kondusif.
Sebagi contoh,. pagar-pagar yang sedia ada telah rosak tetapi tidak dibaiki
segera. Ini menyebabkan pelajar mudah untuk ponteng sekolah dan keluar masuk
sesuka hati. Kerosakan pagar di sekeliling sekolah akan menyukarkan tugas guru
untuk mengawal pelajar.
Faktor kawalan disiplin sekolah
yang longgar juga memberi ruang kepada pelajar untuk ponteng sekolah dan
melakukan perkara yang negatif yang lain. Badan disiplin sekolah termasuklah
guru disiplin dan pengawas tidak berfungsi dengan baik bagi membanteras
kegiatan yang melanggar disiplin.
Justeru ,tugas guru bukan saja mengajar dan mendidik, mereka juga perlu
prihatin kepada perkembangan pelajar. Ketidakprihatinan guru terhadap pelajar
menyebabkan pelajar berasa tidak dihargai dan tidak diberi perhatian. Ini menyebabkan
pelajar membuat perkara-perkara yang negatif bagi mendapatkan perhatian guru
mereka.
LANGKAH-LANGKAH UNTUK
MENGATASI GEJALA PONTENG SEKOLAH
Secara
umumnya, untuk membasmi gejala ponteng sekolah secara total adalah agak sukar
untuk dicapai. Ini kerana ianya melibatkan komitmen pelbagai pihak dan tindakan
secara menyeluruh dan bersepadu di setiap peringkat bagi memastikan penularan
gejala ponteng sekolah.
Guru dan pihak sekolah antara
individu yang bertanggungjawab dan memainkan peranan penting dalam menangani masalah ponteng sekolah. Hal ini kerana, antara salah satu alasan yang
diberikan oleh pelajar yang ponteng sekolah ialah kelas yang membosankan
menyebabkan mereka lebih suka ponteng dan melepak atau berpeleseran di pusat
membeli- belah dan pusat cafe siber. Guru seharusnya mengambil alasan ini
sebagai cabaran supaya mereka berusaha melakukan sesuatu agar proses pengajaran
dan pembelajaran (p&p) berjalan dengan baik dan menarik. Proses p&p
yang menarik bukan sahaja akan membuatkan pelajar berminat ke sekolah tetapi
akan memudahkan lagi pemahaman mereka terhadap pelajaran. Pihak sekolah juga
perlulah mewujudkan suasana persekolahandan pembejaran yang kondusif, dinamik
dan memberangsangkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan dan
strategi serta aktiviti perlu dipelbagaikan dan diperbaharui mengikut untuk
menjana perkembangan kognitif pelajar. Selain itu, perbanyakkan pengunaan Bahan
Bantu mengajar yang kreati dan menarik dan mempergiatkan aktiviti berpusatkan
murid sesuai dengan gaya pembelajaran kontruktivisme melalui strategi berpusatkan murid bagi melahirkan
pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu yang baru dan bijak
dalam membuat menyelesaikan pemasalahan yang dihadapi. Hubungan interpersonal
degan pelajar perlu diwujudkan. Malah, guru perlu menjadi mempunyai personaliti
yang baik dan bersikap profesional serta adil terhadap pelajarnya. Ini bermakna
guru perlu menjadi ‘role model’ yang baik kepada pelajar. Pada masa yang sama pelbagai aktiviti menarik melalui aktiviti kokurikulum seperti perkehemahan, Program rakan Muda dan Program Latihan Khidmat Negara adalah wajib disertai supaya pelajar dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah disamping memperolehi banyak ilmu pengetahuan. Malah pelbagi kempen perlu giat diadakan sama melalui media massa ataupun kempen di sekolah yang bersifat memberi kesedaran kepada pelajar akan kesan negetif gejala ponteng sekolah.
Selain itu, guru juga perlu
peka akan tingkahlaku dan pergerakan pelajar denagn meluangkan sedikit masa,
biar dalam keadaan yang sibuk dengan apa jenis kerjapun, untuk mengambil tahu
tentang masalah pelajar, memerhatikan perwatakan dan tingkahlaku
pelajar-pelajar di bawah kawalannya. Sikap ambil berat guru ini, mungkin dapat
mengesan dengan lebih awal pelajar yang bermasalah. Tindakan yang bersesuaian
dan tegas perlu diambil agar pelajar yang bermasalah ini tidak terus hanyut dan
dibiarkan sendirian. Di samping itu,
pendekatan bimbingan dan kaunseling perlu diaplikasikan relevan dengan sikap
remaja yang sensitif dan suka memberontak.
Malah, semua guru di sekolah tidak kira guru
kanan, guru akademik biasa, guru disiplin bertanggungjawab terhadap masalah
disiplin pelajar. Justeru, janganlah tunggu dilantik sebagai guru disiplin atau
guru kaunseling barulah hendak mengambil berat tentang latar belakang dan
masalah pelajar. Janganlah ditunggu arahan ketua bidang, pengetua, pegawai
pendidikan bahagian, pengarah, lakukan sahaja apa yang baik untuk pelajar. Semua warga sekolah perlu sama-sama mewujudkan suasana yang
positif kepada perkembangan jati diri para pelajar yang meningkat remaja dan
dewasa. Kesedaran dan komitmen semua pihak akan membanteras gejala ponteng
sekolah secara berkesan. Malah tanamkan suasana ‘”Sekolah syurgaku” untuk
mewudkan rasa kepunyaan dan keselamatan di sekolah.
Bagi merealisasikan keberkesanan tindakan dari
semua pihak di sekolah. Adalah wajar
sekiranya badan disiplin bergerak selari dan seiring dengan badan-badan lain
yang wujud di sekolah. Relevennya kerana pencapaian seseorang pelajar dalam
sesuatu bidang ini baik di bidang akademik atau bidang bukan akademik
bergantung kepada tahap disipilin pelajar itu sendiri. Pelajar yang berjaya
dalam bidang kehidupan sering dikaitkan dengan mereka yang berdisiplin.
Pembentukan disiplin di sekolah dilihat sama pentingnya dengan penyebaran ilmu
pengetahuan. Oleh itu, badan disiplin harus bergerak dalam bentuk yang
terancang dan sistematik bagi membendung masalah yang akan timbul, seperti kata
pepatah “membendung dan mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya” .
Langkah seterusnya ialah
melalui peranan Ibu bapa. Ibu bapa perlu
memastikan anak-anak benar-benar pergi ke sekolah. Apa salahnya sekali-sekala
ibu bapa menghubungi pihak sekolah bagi memastikan samada anak mereka
benar-benar pergi ke sekolah ataupun sebaliknya. Ibu bapa juga perlu mempunyai
hubungan baik dengan guru demi kebaikan anak mereka. Kadangkala anak-anak ini
baik di depan mata ibu bapa tetapi sebaliknya di sekolah. Masing-masing
ketakutan apabila mereka ditangkap atas sesesuatu kesalahan dan kebiasaannya
mereka merayu agar jangan diberitahu kepada ibu bapa mereka. Ibu bapa pula
sering tidak percaya dan menafikan anak mereka akan melanggar peraturan
sekolah. Anak-anak yang bermasalah ini biasanya akan membawa dua perwatakan
berbeza ; baik di rumah tetapi nakal di sekolah. Justeru itu, ibu bapa
sewajarnya menjalankan tanggungjawab mereka sebaik mungkin demi masa depan anak
mereka sendiri.
Keluarga adalah unit kecil
dalam masyarakat, namun ia memberi sumbangan yang amat besar dalam membina
sesebuah negara. Kepincangan sebuah keluarga, maka akan membawa pincangnya
negara. Keluarga memberi keadaan persekitaran yang mempunyai nilai keinsafan, adab,
akhlak dan etika yang seterusnya akan berkembang baik dalam generasi. Keluarga
bertanggungjawab membentuk sikap, watak diri dan wawasan bagi seseorang insan
dan ini merupakan unsur utama dalam pembinaan bangsa dan negara yang cemerlang.
Melalui institusi keluargalah
bermulanya peranan ibubapa dalam mencorak kehidupan anak-anak. Anak-anak dilahirkan bagai kain putih yang bersih. Guru
yang pertama dalam hidup seseorang insan adalah ibubapa dan keluarganya
sendiri. Ibu bapa berperanan penting dalam membanteras gejala ponteng sekolah
ini. Ibu bapa seharusnya mencurahkan kasih sayang secukupnya kepada anak-anak
mereka. Kasih sayang bukanlah dengan hanya memberi kemewahan kepada anak-anak
tetapi perhatian dan asuhan yang baik. Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia,
budi yang pekerti serta patuh kepada ajaran agama semuanya perlu di semai dari
rumah lagi oleh ibu bapa.
Kita seharusnya menjadikan apa
yang berlaku di Barat sebagai iktibar. Dunia mengakui akan kemajuan mereka di
dalam lapangan sains dan teknologi, kekukuhan ekonomi dan kecanggihan teknologi
dan ketenteraan. Namum, institusi kekeluargaan mereka sangat rapuh dan terdedah
dengan segala penyakit sosial. Kita mahu dalam keghairahan masyarakat mengejar
kemewahan asas, nilai dan kekukuhan institusi kekeluargaan tidak harus
dikesampingkan.
Langkah untuk mengatasi gejala
ponteng sekolah yang ketiga ialah dilihat melalui aspek sikap pelajar di
mana pelajar sendiri perlu sedar betapa
pentingnya pelajaran terhadap masa depan mereka. Tanpa pelajaran, kebiasaannya
seseorang tidak akan dapat pekerjaan yang baik dan masa depan yang kurang
terjamin. Tambahan pula, kelulusan akademik yang cemerlang menjadi penanda ukur
utama mendapat pekerjaan yang baik. Malah, persaingan sengit untuk mendapat
pekerjaan kerana semaik banyak pelajar yang pandai pada zaman ini. Oleh itu,
sekiranya mereka ketingalan, jelaslah akan merugikan mereka sendiri. Dengan
keadaan semasa sekarang di mana setiap orang mengejar kemewahan dan kebendaan
dan ianya dicapai dengan pengetahuan, usaha, ilmu dan pengalaman. Untuk itu,
bagaimana seseorang pelajar yang sering ponteng sekolah mempunyai masa depan
yang cerah walhal mereka sendiri sudah ketinggalan ilmu pengetahuan.
Malah, pelajar perlu cekal dan mempunyai
semangat jati diri yang tinggi supaya mereka tidak hanyut dek arus kemajuan dan
kemewahan yang ada. Mereka perlu pandai memikirkan dan menentukan antara nilai-nilai
positif dan nilai negatif. Pelajar juga perlu menolak ajakan rakan-rakan untuk
melakukan perkara negatif kerana ianya hanya akan membuang masa dan menyusahkan
orang lain. Pelajar perlu sedar bahawa tanggungjawab mereka adalah belajar dan
menimba ilmu sebaik mungkin.
Sewajarnya, ketika masa usia
muda remaja inilah seseorang itu mengambil berat tentang pendidikan. Jangan
mudah terpengaruh dengan kawan-kawan atau orang asing yang berniat merosakkan
akhlak. Pelajar wajar mengikut contoh tauladan yang baik, ikuti ceramah atau
motivasi mengenai pelajar cemerlang, beriadah sebaiknya bersama keluarga, aktif
dalam kelab sukan yang diminati dan kokorikulum sekolah dan memiliki didikan
agama yang intensif dan lengkap. Usia
remaja tidak akan kembali lagi. Justeru itu, pelajar harus menggunakan masa
remaja ini sebaik mungkin demi masa depan yang terjamin.
Langkah yang keempat yang perlu
ditekankan ialah peranan pihak yang
tertinggi dlam sistem Pendidikan Negara iaitu Kementerian Pendidikan dalam menangani masalah ponteng sekolah ini.
Sepertimana dalam keratan akhbar yang dilampirkan, kementerian boleh mewujudkan
pasukan khas bagi menangkap pelajar yang ponteng sekolah. Kementerian juga
boleh bekerjasama dengan pihak polis dalam membanteras gejala ponteng sekolah
ini. Ini kerana, pelajar yang ponteng sekolah ini mungkin akan terlibat dengan
kes-kes jenayah lain seperti mencuri dan meragut. Dengan adanya bantuan pihak
polis, gejala negatif ini dapat dibanteras lebih awal.
Selain itu, diharap
kementerian dapat membantu guru dengan menyalurkan lebih banyak peruntukan agar guru dapat lebih kreatif dan inovatif
dalam menjalankan proses p&p. Ini akan menambahkan lagi keberkesanan
penyampaian ilmu pengetahuan. Kementerian juga dapat membantu guru dengan
mengurangkan bebanan kerja sampingan supaya guru dapat fokus kepada proses
p&p dan perkembangan pelajar. Pada masa kini, tugas guru bukan setakat
mengajar malah turut dibebani lima tugas lain iaitu pertama; mengurus data, fail, buku rekod dan laporan;
kedua, urusan pentadbiran,
ketiga; kegiatan kurikulum, keempat; kokurikulum dan kelima; urusan hal ehwal murid. Dengan
kurangnya bebanan tugas ini, guru akan dapat membimbing pelajar dengan lebih baik lagi dan tidak membiarkan pelajar
hanyut dengan permasalahan mereka.
Kementerian juga boleh membuat
satu kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan
sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada
kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat
dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama
penuh walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.
Konklusinya, semua
pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini sebelum nasi menjadi bubur.
Demi mewujudkan generasi dan modal insan yang lebih berguna pada masa hadapan
juga, maka langkah drastik daripada semua pihak patut dilaksanakan. Tindakan
daripada satu pihak sahaja tidak akan membuahkan hasil. Jadi, sama-samalah kita
berganding bahu untuk menangani masalah ponteng sekolah. Meskipun terdapat pelbagai cadangan
mengenai cara mana mengatasi masalah ponteng sekolah ini, namun ia
hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Sememangnya
terdapat pelbagai program yang
dirangka untuk remaja dan pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat
kepada segelintir mereka sahaja dan lebih bersifat komersial. Ibu
bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu dan
bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para
pelajar. Adalah wajar supaya
pelajar didedahkan akan kesan buruk dalam masyarakat melalui interaksi
mereka di sekolah. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan
pengetahuan undang-undang agar mereka gementar dengan
hukuman.
Pelajar dan remaja adalah
kumpulan masyarakat yang bakal mencorakkan masa depan negara. Mereka adalah
aset kekayaan semulajadi yang bakal memegang peranan penting dalam politik,
ekonomi dan kemasyarakatan di negara ini. Namun demikian, masalah disiplin di kalangan
remaja adalah salah satu daripada ancaman kepada sumber tenaga manusia yang
akan merugikan negara dalam jangka masa panjang. Oleh itu segala masalah sosial
yang dihadapi oleh para remaja harus dibendung dan di atasi supaya ia tidak
terus mewujudkan ancaman besar terhadap aset utama yang merupakan sumber modal
insan yang selaras denagn falsafah pendidikan negara yang akan yang akan mempastikan kelansungan kemajuan dan keharmonian negara.
No comments:
Post a Comment